KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Sunday, 10 June 2018

SELAKU ADMIN RASMI WAQAF QURAN DI TANAH HARAM


WAQAF QURAN DI TANAH HARAM



Alhamdulillah akhirnya halaman rasmi dari kami anak-anak melayu madinah telah berjaya dihasilkan pada hujung bulan Mac 2018 bulan lalu syukur alhamdulillah sekali lagi. Pada mulanya khidmat wakaf alquran ini hanya aktif secara kecil-kecilan melalui whatsapp dan saya sendiri sahaja yang menggerakkannya. Kemudian saya mendapat idea dari salah seorang kenalan saya beliau mencadangkan untuk menggunakan Page Facebook ini sebagai medium bagi membesarkan lagi khidmat wakaf alquran ini. Selain itu bagi memudahkan lagi untuk mempromosikan khidmat ini ke beberapa buah negara yang telah kami tetapkan. Seterusnya, melalui Page Facebook ini jugalah saya telah mendapat sambutan dan permintaan yang memberangsangkan serta memiliki dua orang pembantu yang tetap setia bersama saya. Salah seorang dari mereka berdua adalah teman saya dan belajar di tempat yang sama”Islamic University of Madinah Saudi Arabia” dan seorang lagi adalah pembantu dan selaku admin Telegram bagi membuat pengisian agama. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah buat mereka berdua yang sehingga kini masih bersama saya untuk meneruskan kerja murni ini. Tiadalah kami harapkan dari anda semua melainkan hanya doa yang ikhlas untuk kami bertiga. Moga-moga khidmat-khidmat yang kami telah berikan selama mana bermukim di tanah haram ini mendapat keredhaan dan keampunan dari-Nya. Moga-moga anda semua yang telah mewakafkan Alquran bersama kami diterima sebagai amalan baik yang berterusan di sisi-Nya dan diampuni segala dosa noda. Sekian sahaja dari saya pelajar tahun akhir dan selaku admin rasmi page WQDTH mohon sokongan dan doa dari kalian semua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam lambaian syahdu dari anak melayu madinah.
24/April/2018, 2:39 AM, Medina, Saudi Arabia.

No comments:

Post a Comment