KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Saturday, 4 April 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT


    


            Assalamualaikum w.w.. Hari ini ustaz ingin kongsikan kaedah menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam yang mana ramai pelajar tidak tahu dan tidak mampu menjawab soalan ini dengan baik dan betul. Teknik ini pada asalnya Ustaz peroleh daripada Blog Ustaz Maarof Hamzah maka dengan perkongsian ini Ustaz berharap ia berupaya memberi jalan penyelesaian dan pendedahan kepada semua pelajar serta berupaya menjawab Soalan KBAT ini dengan jayanya.
 
CONTOH JAWAPAN TERBAIK - 5 STEM

Soalan :
Dewasa ini berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang masih dalam tempoh pertunangan, sedangkan mereka diharamkan berbuat demikian.
Berdasarkan kenyataan diatas, huraikan hujah anda untuk mengatasi maslah tersebut terus berlaku.


                                                                                                                                           (4 markah )

Jawapan :
Masalah tersebut boleh diatasi melalui mengadakan program ilmu tentang batasan pergaulan (I) agar mereka lebih memahami hukum perbuatan berikut (H). Contohnya, dalam program ilmu hendaklah menyatakan had pergaulan pasangan bertunang (HL) Oleh itu, kita mestilah memahami hukum batasan pergaulan agar dirahmati Allah (K).

1 isi : 1 markah
2 Huraian/Hurain lengkap : 2 markah
1 kesimpulan : 1 markah



APA ITU SOALAN KBAT ?
Soalan KBAT adalah soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.


CARA MENGESAN SOALAN KBAT

Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :

1. Ada stimulus / rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus dalam pernyataan, petikan dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :

Contoh 1 :



Contoh 2 :



2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika…
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?

3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
      Oleh itu, calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan sahaja dalam jawapan KBAT. Bukan 2 isi atau lebih tanpa 2 huraian dan 1 kesimpulan. Sekiranya calon hanya mengemukakan isi sahaja sebagai contoh 4 isi tanpa huraian dan kesimpulan maka calon tersebut hanya mendapat 1 markah sahaja. 3 isi yang berbaki tidak akan dikira kerana tidak mengikuti skema jawapan sepertimana yang di atas.


TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT :

1. Langkah pertama.
 Setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku', 'Apa Pendapat'. Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :




2. Langkah kedua :
MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Langkah ketiga :
MENGHURAIKAN ISI yang dipilih. Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain.
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, ustaz cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2. Rujuk rajah di bawah :






4. Langkah Keempat :
 MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya :

Oleh itu, "Kita hendaklah..." "Kita mestilah..." dan elakkan daripada menggunakan perkataanharuslah “ kerana tiada penegasan pada ayat.


FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT tidak perlukan pendahuluan. Terus kepada isi.
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek bukan karangan panjang.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.





No comments:

Post a Comment