Penulis asal : Ustaz Nizam El-Banjari
[ BERWASPADA DENGAN MEREKA YANG DI GELAR "USTAZ" FACEBOOK / YOUTUBE ]
Dunia kini serba canggih dengan media socialnya, maka dengan kemudahan ini mampu menjadikan kita orang yang cinta akan majlis2 ilmu. Namun dalam Ilmu yg dicari ada disiplin yang perlu diberi perhatian. Jangan asal dengar hebat, petah, lancang, terus nak ambil bulat2. Kita ni tahap orang awam tiada kemahiran utk menilai ilmu tersebut. Hanya mampu dengar kemudian terima sahaja.
Hendaknya kita sentiasa ada sikap berwaspada dan berhati-hati dengan ustaz di Facebook, Youtube. Sebahagian dari kita mengira mereka adalah ustaz yang berilmu, padahal tidak demikian halnya. Mungkin sahaja mereka bukan ustaz yang dpt memahami agama dengan baik, seperti memahami akidah, tauhid, ilmu-ilmu ushul, Bahasa Arab dan sebagainya, atau juga tidak jelas dari mana mereka menuntut ilmu dan guru-gurunya.
Mereka ini mudah menjadi terkenal dengan cara:
1. Membahas perkara-perkara yang menghebohkan dan menimbulkan kontroversi.
2. Berpenampilan dengan penampilan seolah-olah orang berilmu, misalnya berjubah, berkopiah dan seumpamanya.
Kerana sudah dianggap berilmu oleh masyarakat, akhirnya ustaz-ustaz seperti ini sering berfatwa tanpa ilmu. Inilah yang dimaksud dengan hadis Nabi Saw bahawa nanti akan BANYAK ustaz akan tetapi tidak berilmu.
Ibnu Mas'ud berkata,
Ibnu Mas'ud berkata,
وسيأتي بعدكم زمان قليل فقهاؤه، كثير خطباؤة كثير سؤاله قليل معطوه، الهوى فيه قائد للعمل، اغلوا أن حسن الهدي، في آخر الزمان، خير من بغض العقل
Akan datang setelah kamu suatu zaman di mana sedikit ahli ilmu dan banyak pengkhutbah/penceramah, banyak yang bertanya, sedikit yang mampu memberi fatwa, hawa nafsu adalah pemimpin amalan. Ketahuilah, bahawa petunjuk yang terbaik pada masa akhir zaman itu lebih baik daripada sebagian amalan.
(Rujukan Al-Adabul Mufrad)
Bagi kita yang awam mesti perhatikan, tidak semua orang yang berbicara tentang agama, Lebih-lebih lagi melalui Youtube, Facebook adalah orang yang benar-benar berilmu. Perhatikan perkataan Ali bin Abi Thalib kepada Kumail bin Ziyad;
الناس ثلاثة، فعالم رباني، ومتعلم على سبيل نجاة، وهمج رعاع أتباع كل ناعق، يميلون مع كل ريح، لم يستضيئوا بنور العلم، ولم يلجئوا إلى ركن وثيق.
Manusia ada tiga golongan;
1. Alim rabbani, (ulama rabbani).
1. Alim rabbani, (ulama rabbani).
2. Muta'allim, (orang yang belajar) di atas jalan keselamatan.
3. Mustami', Orang awam yang kurang pengetahuan yang mengikuti setiap perkataan orang yang bersuara.
Mereka akan condong bersama setiap hembusan angin, tidak diterangi dengan cahaya ilmu, dan tidak bersandar kepada tiang yang kukuh.
(Rujukan Jami' Bayanil Ilmi wa Fadhlihi)
Meskipun begitu, cara yang paling afdhal utk mendapatkan sesuatu ilmu itu adalah dengan cara talaqqi musyafahah ( mentelaah kitab secara berhadapan langsung kemudian mendengar dari lisannya Guru tersebut ). Cara ini sebagaimana yang ditunjukkan didalam hadis Jibril Alaihissalam yang dtg berjumpa nabi dalam keadaan duduk kemudian ditemukan lututnya ke lutut Nabi saw.
Di bumi Tawau ini masjid mana ja yang tiada majlis ilmu? Ceramah agama? Atau pengajian berkitab? Boleh dikatakan setiap pelusuk ada para asatizah yang sudah pun bertauliah memberikan ilmu mereka. Maka sepatutnya kita yg sudah dihidangkan berbagai lauk pauk yang istimewa, takkan nak tunggu kena suap lagi?
Apa yg saya lihat kita ni gemar share itu share ini, watch ceramah2 tapi sebelah rumah ada masjid yg buat pengajian agama langsung tak pernah hadir pun. Yang lebih teruk, ulama facebook / youtube yg belum pasti itulah yg jadi rujukan utama, alim ulama tempat sendiri kesian dicemuh dicaci. Yang sudah mashyur dengan kelimuan mereka seperti para alim Ulama, Para habaib Kita kata mereka pembohong, baca quran xbetul. Ya robb. 😢Mohon ikut disiplin ilmu agar aqidahnya anda terpelihara dari kesesatan.
al faqir billah nizam el banjari ❤




No comments:
Post a Comment