KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Friday, 29 June 2018

ALWAHAN SECARA RINGKAS




Penyakit Wahan?


Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI."

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

~Mohamed Ibrahim Maricar

No comments:

Post a Comment