KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Friday, 1 June 2018

HATI YANG SEDIKIT LALAI DAN PENYAKIT WAHAN

              





  "Ramai dari kalangan kita sering naik ke Masjid tetapi tidak membenarkan di dalam hati mereka untuk apa sebenarnya tujuan mereka datang ke masjid. Adakah mereka datang semata2 untuk solat?. Datang semata-semata untuk solat tidak cukup tuan2 puan2 yg dirahmati allah. Apatah lagi yang datang untuk menatap2 wajah lelaki yang tampan,segak lagi bergaya dan dari kalangan mereka yang datang ke masjid untuk menatap2 wajah wanita yang jelita lagi baik paras rupanya. Hijrahnya orang yang sebegini adalah sia2 sahaja. 

Perbincangan kita hari ini bukanlah berkenaan niat orang yang tidak baik datang ke masjid akan tetapi berkenaan dengan hati yang sedikit lalai iaitu orang yang datang ke masjid tetapi hanya kerana solat secara zatnya sahaja tanpa mendapat faedah. Tuan2 dan Puan2 yang dirahmati Allah S.W.T tidakkan cukup niat kita datang ke masjid hanya kerana solat semata2 melainkan kita hadirkan dalam hati yang kita benar2 ingin sujud kepada-Nya. 

Pernah x terbayang kenapa sering kali berangkat pulang dari masjid dan terus balik ke rumah tetapi kita merasakan seolah2 x mendapat apa2?. Tidak merasa bahagia tidak mendapat ketenangan. Jiwa rasa kosong. Solat dalam keadaan was2.? Hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana kita tidak pernah membenarkan di dalam hati kita. Kita tidak membulatkan hati kita datang ke Masjid untuk sujud sembah yang sebenar2nya untuk tuhan yang Maha Esa. Kita tidak pernah hadirkan dalam hati yang allah itu benar2 wujud dan sedang memerhati gerak geri kita. 

Itulah diri kita tuan2 dan puan2 yang di rahmati Allah. Hati kita yang sedikit lalai yang kosong hati yang dipenuhi oleh hal2 keduniaan. Sehingga wujud di kalangan kita yang hidupnya untuk bekerja semata2 bukan lagi berniat kerja untuk hidupnya. Tiada gunanya seruan nabi " IHSAN " dalam beribadah sekiranya kita tidak mengikuti tatacaranya. Tiada gunanya nabi menyebut dalam sabdaannya " SOLLU KAMA RA`AITUMUNI USOLLI " sekiranya kita tidak benar2 mempraktikkannya. Itulah diri kita tuan2 puan2 yang dirahmati allah. Hati yang diselubungi penyakit " WAHAN " sepertimana dalam hadithnya :

Rasulullah saw bersabda, 
"Akan datang suatu masa, di mana bangsa-bangsa akan membinasakank kalian seperti orang-orang rakus memperebutkan makanan di atas meja.

Ada seorang yang bertanya, 'Apakah kerana pada saat itu jumlah kami sedikit?'

Rasulullah saw menjawab: 'Tidak, bahkan kamu pada saat itu golongan palin ramai, akan tetapi kamu seperti buih di atas permukaan laut. Sesungguhnya Allah telah mencabut rasa takut dari musuh-musuh kalian, dan telah mencampakkan penyakit al wahan pada hati kalian'.

Seorang sahabat bertanya: 'Ya Rasulallah, apa penyakit al wahan itu?.'

Rasulullah saw-menjawab: 'Al Wahan adalah penyakit cinta dunia dan takut mati' ". (HR. Abu Dawud, Ahmad, dan lainnya)
Sekian.
Marilah bersama-sama memperbaiki hati kita. Memperbaiki solat kita.
-JIWA PENDOSA


-Ikuti kami di Telegram
https://t.me/joinchat/EvBuTkcidvf3eQP2jXeKfg

-Kunjungi kami di halaman rasmi wakaf
https://www.facebook.com/pg/aminmadani93/posts/?ref=page_internal

No comments:

Post a Comment