KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Monday, 23 April 2018

KONVOKESYENKU 2018




HARI YANG MENGGEMBIRAKAN BUAT DIRIKU

                  Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas cinta hati kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat-kerabat baginda sekalian. 

Tanpa dijangka kini ku melakar sekali lagi sejarah hidupku sendiri yang pada mulanya agak mustahil untuk ku duga.Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi semangat dan juga teman-teman sekalian kerana menjadi pendorong bagi mereliasasikan mimpiku ini sehingga menjadi nyata. Ku kepilkan sepotret kenangan ini untuk menjadi tatapanku di masa hadapan dan sebagai penyuntik semangatku bahawa aku juga tergolong dengan mereka-mereka yang berjaya. Terima kasih ayah kerana nasihatmu sering menjadi penguatku dikala anakmu ini dilanda musibah, putus harapan, dan hilang tempat sandaran. Tidak kurang juga dengan mak yang sering mengubati rinduku dan juga sebagai pengubat hatiku dengan suaranya (Mak). Namun hati kecilku berbicara "perjuanganku tidak terhenti di sini sahaja"dan inginku katakan.

MAK AYAH
Nantikan kejayaanku
(Anakmu)

Pandang dan lihatlah mereka yang di luar sana. Terdapat daripada golongan mereka adalah golongan-golongan yang hebat-hebat belaka. Katakanlah pada dirimu sendiri bahawa 

"AKULAH SALAH SEORANG YANG TERGOLONG DARIPADA GOLONGAN MEREKA"

~ Ayah 


Aminmadani93,
24/04/2018 Miladi,
08/08/1439 Hijrah,
Islamic University of Medina,
Saudi Arabia.


No comments:

Post a Comment