مقدمة
إِنَّ
الْحَمْدَ لِلَّهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنُؤْمِنُ بِهِ ، وَنَتَوَكَّلُ
عَلَيْهِ ، وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ
أَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا
هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَلا إِلَهَ إِلا اللَّهَ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،أَمَّا بَعْدُ
Selawat dan salam kita
panjatkan ke atas cinta hati kita Saidina wa Nabiyyina Muhammad
S.A.W serta kepada ahli kerabat dan juga para sahabat
baginda R.A. Apabila bercerita tentang dakwah ia adalah satu pekerjaan yang
diwariskan oleh nabi Muhammad S.A.W kepada seluruh ummat islam. Dakwah
merupakan satu pekerjaan yang agung di sisi Allah untuk menegakkan kalimah
Allah di muka bumi. Tanpa dakwah maka sudah pasti ummat manusia jauh daripada
landasan islam yang hakiki.
Di dalam tajuk ini, perkara-perkara
yang akan dibahaskan adalah tentang tatacara, sifat-sifat dan
juga kepentingan dakwah di sabah secara khususnya . Idea ini
bukanlah datangnya dari pemikiran saya sendiri, tetapi atas permintaan dari
rakan-rakan yang lain untuk saya kupaskan tajuk ini. Sekaligus menghadirkan
diri bagi membincangkan Masa`il Fiqh Waqi pada simposium akan datang.
.
Sebelum kita melanjutkan ke bahagian perbincangan yang lebih mendalam. Eloklah
kiranya kita menganalisiskan Tasa`ulat ataupun persoalan-persoalan yang harus
dikeluarkan dari kitab Asnaful Mad`uin. Kitab Muqorror Kuliah Dakwah dan
Usuluddin. Persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan tersebut adalah seperti
berikut :
· 1)Makna usul dakwah dari segi bahasa dan istilah
· 2)Hukum berdakwah dari sisi pandangan ulama`mu`tabar dan ikhtilafatnya.
· 3)Tujuan utama berdakwah
· 4)Ciri-ciri, kelebihan dan keistimewaan berdakwah..
· 5)Cara dakwah efektif kepada masyarkat majmuk.
· 6)Sumber dakwah
· 7)Rukun-rukun dakwah.
1) Usul dakwah
Dari segi bahasa : seruan
Dari segi istilah :
Melaksanakan dakwah bagi
orang-orang yang berketerampilan,berpengalaman dan berkelayakan dalam
menyampaikan agama Allah iaitu dengan menegakkan kalimah tauhid kepada seluruh
manusia. Kemudian memastikan dakwah tersebut sehaluan dengan manhaj yang betul,disepakati
serta menghormati setiap persepsi dan juga pandangan masyaraka secara amnya..
2) Hukum berdakwah:
قوله تعالى :
" ولتكم منكم أمة يدعون إلى
الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون "
Qaul pertama :
Jumhur Ulama` Salaf dan Khalaf yang terdiri
pada kalangan para Sahabat R.A dan juga para Tabi`in dan kemudiannya para
imam-imam muktabar seperti Imam At-Tobari, keempat-empat imam mazhab, Ibnu
Taimiyah dan selainnya. Mereka mengatakan hokum berdakwah adalah wajib wujub
kifa`ian iaitu wajib ke atas sesuatu individu yang tertentu sahaja
Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah S.W.T di atas “
منكم” tersebut bermakna dari kali kalangan kamu yang mengikut
kefahaman mereka adalah sebahagian daripada kamu.(Jemaah atau Toifah)
Qaul kedua :
Pendapat az-Zohiriyyah, al-Mu’tazilah dan sebahagian ulama bahawa dakwah mengajak kepada Allah SWT adalah wajib ‘aini (fardhu ain) melihat kepada keadaan dan situasi seseorang. Dalam sesuatu keadaan, dakwah menjadi fardu ain seperti seorang lelaki di rumahnya bersama dengan keluarganya, dia mampu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkiran dalam ahli keluarganya. Dalil pendapat ini umum sabda Nabi SAW :
قوله صلى الله عليه وسلم : "بلغوا عني ولو
اية"
Qaul rajih adalah Qaul kedua
3)Tujuan utama berdakwah:
1.Menyebarkan
Kalimah Tauhid dan menegakkan agama islam di muka bumi.
2.Menegakkan hujjah tentang kepentingan dakwah terhadap manusia
umumnya kerana berdakwah ini adalah wajib ke atas setiap suatu individu.
Sekiranya mereka lalai dan mengabaikan dakwah akan kewajipan meng-esakan Allah
S.W.T sesungguhnya mereka semua akan berdosa dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak.
3.Menginginkan kebaikan dan kesejahteraan hidup untuk sesama
manusia dan harapan mereka terhadap hidayah islam yang hakiki.
4.Cara dakwah efektif kepada masyarakat majmuk
a) Ilmu
Pendakwah yang
berkesan dalam menarik masyarakat untuk mendekati agama islam adalah pendakwah
yang berilmu. Ilmu yang di maksudkan di sini adalah ilmu yang mencakupi syariat
islamiah secara menyeluruh iaitu menarik masyarakat untuk mendekati allah s.w.t
dan mentauhidkannya. Adapun pendakwah yang tidak berilmu adalah pendakwa yang
tidak membawa kepada kemaslahatan ummat.
- دليل قوله تعالى :
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ
لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ
مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
b) Ikhlas
Ikhlas adalah salah
satu kewajipan yang perlu dimiliki oleh setiap pendakwah. Sama ada dakwahnya
berbentuk perintah ataupun berbentuk larangan tanpa mengharapkan balasan.Niatnya
hanyalah bertujuan untuk menyatukan ummat dan mengembalikan masyarakat kepada
gambaran islam yang sebenar. Tidak menjadikan tujuan dakwahnya itu sebagai
modal kekayaannya ataupun untuk mendapatkan kemasyhuran pada pandangan mata
masyarakat.
- دليل قوله تعالى :
"قل إني أمرت أن أعبد الله مخلصا له الدين"
c) Menepati
syariat
Pendakwah yang menyeru manusia untuk mengabdikan diri kepada
allah semata hendaklah memastikan dakwahnya mengikuti dua syarat iaitu menepati
syariat dan ikhlas ketika berdakwah. Pendakwa yang memastikan dakwahnya yang
berasaskan alquran dan assunnah merupakan syarat terkabulnya amalan.
Terutamanya dakwah yang mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada allah
dengan menyeru kepada kebaikan serta mencegah dari kemungkaran sepertimana yang
dirakamkan di dalam alquran
قوله تعالى :
"فمن كان يرجوا لقآء ربه فليعمل عملا صالحا"
قوله
تعالى :
"ليبلوكم أيكم أحسن عملا"
d) Hikmah
Berhikmah adalah salah satu kepentingan bagi pendakwah yang
menyeru manusia untuk kembali kepada allah melalui manhaj yang benar.
Seterusnya pendakwah yang berjaya dalam seruannya adalah pendakwah yang
menelusuri sirah nabi muhammad dan menjadikannya sebagai panduannya.
Sepertimana yang kita dapati di dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w secara umumnya
baginda menjalankan dakwahnya dengan melazimkan semua perkara dengan cara
berhikmah. Khususnya dalam dakwahnya mengajak manusia daripada penyembahan
berhala kepada mengesakan Allah s.w.t.
فوله تعالى :
"ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ
رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ
بِالْمُهْتَدِينَ"
النحل :125
e) Mendampingi dan
bertolak ansur dengan masyarakat
Adalah menjadi kewajipan bagi pendakwah untuk menjadi
pendamping,yang mudah bertolak ansur dan berlemah lembut ketika berdakwah terhadap
masyarakat agar memudahkan dakwahnya diterima serta bermanfaat bagi masyarakat
seluruhnya. Ciri-ciri pendamping dan bertolak ansur adalah merupakan perwatakan
baginda kita Nabi Muhammad s.a.w semasa berdakwah. Ciri-ciri tersebut adalah
kurniaan Allah kepada Nabi-Nya s.a.w sepertimana yang kita dapati di dalam
firmannya :
فوله تعالى :
"لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ
حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ
كَثِيرًا"
الأحزاب :21
5)Sumber dakwah :
- Alquran.
- Assunnah Nabawiyyah.
- Fahaman-fahaman salafussoleh atas hujjah-hujjah mereka mengenai alquran dan assunnah.
- Istinbat hukum ahli fuqaha` berdasarkan ijtihad-ijtihad mereka.
- Pendakwah yang berketerampilan berdasarkan pengalamannya.
6)Rukun-rukun dakwah.
- Visi dan misi
- Pendakwah
- Masyarakat majmuk secara umum tanpa pengecualian.
- Bentuk dakwah dan tatacaranya
7) Cara-cara berdakwah kepada golongan muslim
1.
Mengajar dan memahamkan dengan lebih
mendalam tentang perkara-perkara dunia dan agama mereka. Yang demikian itu dengan
cara mengajar mereka Alquran dan Sunnah Nabi SAW.
2.
Mengingatkan mereka terhadap apa
yang telah diwajibkan Allah SWT, kefarduan dan ikhlas beramal tanpa riyak dan
sum’ah.
3.
Bersungguh-sungguh dalam
menyampaikan agama islam dan berpesan kepada kebenaran serta saling
tolong-menolong dalam perkara kebaikan.
8) Cara-cara berdakwah kepada golongan non-muslim (Yahudi dan
Nasrani)
1.
Mengemukakan dalil-dalil kepada ahli
kitab tentang kebenaran Nabi SAW melalui cara berikut :
Ø
Mengingatkan mereka tentang apa yang
mereka jumpai di dalam kitab mereka tentang sifat-sifat Nabi SAW yang ulama
mereka sendiri mengakuinya.
Ø
Mengkhabarkan kepada ahli kitab
sesungguhnya Alquran adalah mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad SAW yang
membenarkan semua kitab sebelumnya dan memperbetulkannya.
2.
Memahamkan mereka sesungguhnya
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersesuaian dengan asas-asas
yang dibawa oleh para nabi sebelumnya.
3.
Mendengarkan kepada mereka
maksud-maksud ayat Alquran.
9) Pendekatan Dakwah Mohd Fadli Yusof (Pendakwah
Bebas di Sabah)dalam Pengislaman Masyarakat Non-Muslim di pedalaman Pensiangan,
Sabah
Sedangkan golongan non muslim mudah menerima dakwah Encik Mohd
Fadli apatahlagi dengan orang islam itu sendiri yang lebih mendahului menerima
kedatangan islam dan memahami islam. Inilah sifat-sifat tokoh nusantara yang
patut kita contohi. Beliau berasal daripada semenanjung Malaysia tetapi
mempunyai semangat untuk menyebarkan dakwah di pedalaman Sabah.
1) Pendekatan Dakwah al-Ḥikmah
Mohd Fadli Yusof mengakui bahawa pendekatan dakwah yang berkesan
dalam mendekati masyarakat non-muslim di Kampung Padang Sepulut dan kawasan
lain di pedalaman Pensiangan Sabah adalah berdasarkan ayat 125, surah al-Nahl
yang memerintahkan supaya menyeru manusia kepada agama Allah dengan al-ḥikmah. Beliau
menegaskan ayat tersebut memerintahkan pendakwah agar menyeru manusia ke jalan
Allah (rabbika) dan bukan kepada jalan atau tujuan lain seperti kepentingan
organisasi, parti, diri dan lain-lain. Sekiranya dakwah dilakukan bukan tujuan
ke jalan Allah, maka ia tidak akan mencapai matlamat sebenar dakwah sepertimana
di kehendaki dalam al-Qur’ān dan al-Sunnah.627 Dapatan kajian menunjukkan
beberapa pendekatan dakwah al-ḥikmah yang telah dilakukan oleh Mohd Fadli Yusof
dalam mengislamkan masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan. Antaranya
ialah:
(a) Tidak Memaksa Non-Muslim
“Kebiasaannya
semasa ziarah atau bertemu orang bukan Islam di pedalaman saya sekadar bertanya
khabar. Kemudian bertanya tentang keluarga dan anak-anak. Kadang-kadang mereka
(non-muslim) akan lanjutkan cerita tentang berburu, bertani dan ajak minum kopi
bersama. Kami akan berbual mesra dengannya.” – Mohd Fadli Yusof-
(b) Membina Hubungan Baik dengan Golongan Non-Muslim
Dapatan kajian menunjukkan Mohd Fadli Yusof dilihat sebagai seorang
yang mempunyai kelebihan mudah membina hubungan baik dengan non-muslim di
pedalaman. Beliau dikatakan mempunyai karekter suka atau mudah berkawan dengan
orang lain dan orang lain mudah mendekatinya sekalipun baru mengenali dalam
tempoh singkat. Seorang informan yang ditemui di Kampung Padang, Sepulut
menyatakan kepada penulis:
“Saya lihat
ustaz (Mohd Fadli Yusof), orangnya sederhana. Dia mudah bergaul dengan kita.
Dia kata, dia mahu jadi kawan dan saudara kita. Kami suka dengan cara dia
berkawan.”-Penduduk Kampung-
(c) Menziarahi Non-Muslim Menemui golongan sasaran di dalam dakwah
adalah satu perkara yang penting bagi memastikan mesej Islam dapat disampaikan
dengan berkesan. 655 Dalam konteks ini, Mohd Fadli Yusof telah menggunakan
pendekatan ziarah untuk menemui masyarakat non-muslim di pedalaman Pensiangan.
Di peringkat awal, beliau dan isteri telah melakukan ziarah ke setiap rumah
penduduk sama ada muslim atau non-muslim yang tidak pernah dikenali,
sepertimana dinyatakan dalam petikan berikut:
“Kami cuba
ziarahi setiap rumah di kampungkampung, tidak kira kenal atau tidak. Memang
kebanyakannya kami belum kenal kerana pertama kali tiba di sana.”
2) Pendekatan Dakwah Mawʻiẓah al-Ḥasanah
Mawʻiẓah al-ḥasanah ialah pendekatan memberi nasihat dengan cara yang
baik sama ada menggunakan lisan cara lisan dan perbuatan.676 Pendekatan mawʻiẓah
al-ḥasanah tidak terhad kepada bentuk lisan sahaja, bahkan meliputi perbuatan
pendakwah yang memberi kesan kepada golongan madʻū secara tidak langsung.
a) Mawʻiẓah al-Ḥasanah dengan Lisan
Mohd Fadli Yusof menggunakan pendekatan mawʻiẓah al-ḥasanah secara
lemah lembut dalam menjelaskan tentang Islam. Kaedah ini memudahkan beliau
mendekati non-muslim yang mempunyai latar belakang kehidupan yang kasar dan
bengis. Beliau menyatakan kepada penulis mengenai situasi ini:
“Orang
pedalaman ramai yang bengis dan kasar. Mereka selalu ke hutan berburu dan
sebagainya. Mereka juga sanggup buat apa saja termasuk membunuh orang.”
Mohd Fadli Yusof menggunakan kaedah lemah lembut secara santai
dengan menyelitkan mesej dakwah semasa berbual-bual, bertani dan berjalan-jalan
bersama dengan non-muslim di pedalaman.
b) Mawʻiẓah al-Ḥasanah Melalui Model
Pendekatan mawʻiẓah al-ḥasanah melalui model ialah memberi nasihat
dengan menunjukkan perbuatan yang mendorong seseorang kepada Islam. Mohd Fadli
Yusof dilihat lebih menggunakan pendekatan ini dalam mendekati mendorong
non-muslim kepada Islam. Beliau menyatakan bahawa memberi nasihat secara lisan
adalah penting, namun dalam masa yang sama memberi nasihat dengan menunjukkan
model juga penting. Dalam konteks ini, Mohd Fadli Yusof lebih menunjukkan
pendekatan dakwah mawʻiẓah al-ḥasanah melalui aktiviti kemasyarakatan seperti
majlis keramaian, menunjukkan model keluarga Islam, menonjolkan ukhwah sesama
Islam.
3) Pendekatan Dakwah Mujādalah
Pendekatan mujādalah ialah berdialog, berbahas, berbincang dan
berdebat dengan golongan non-muslim untuk mengetengahkan kebenaran Islam. Dalam
kaedah ini, Mohd Fadli Yusof lebih suka menggunakan istilah al-mujādalah dengan
maksud berdialog dan berbincang dengan golongan non-muslim tentang Islam. Ia
lebih menggambarkan situasi yang harmoni berbanding dengan maksud berdebat dan
berbantah. Mohd Fadli Yusof pernah mengadakan dialog dengan bekas pengerusi
gereja yang dikenali Encik Linaun. Beliau tinggal berdekatan dengan Kampung
Padang dan sentiasa menerima ziarah beliau. Hampir setiap kali ziarah, beliau
akan berdialog mengenai konsep ketuhanan dalam Islam dan membandingkan dengan
konsep triniti Kristian. Mohd Fadli Yusof menjelaskan perkara tersebut
berasaskan surah al-Ikhlas. Surah ini mempunyai empat ayat dan mempunyai yang
mudah dan jelas mengenai keesaan Allah.
Firman Allah: Al-Ikhlās 112 : 1-4. Terjemahan: Katakanlah (wahai
Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula
tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Setelah berdialog, Mohd Fadli Yusof telah menghadiahkan sebuah
terjemahan alQur’ān. Kemudian, beliau terus menziarahi bekas paderi ini
berulang kali selama setahun enam bulan. Akhirnya pada 5 Ogos 2013, Encik
Linaun telah memeluk Islam bersama-sama sebelas orang ahli keluargnya.
Kesimpulan
Melalui penguasaan ilmu, sifat-sifat dan cara-cara yang sesuai
dalam berdakwah akan menatijahkan dakwah islamiyyah yang berkesan. Penguasaan
ilmu dan penelitian fiqh dakwah merangkumi semua aspek sebegini yang perlu
diterapkan oleh para pendakwah untuk menjadikan agama islam itu terus bertapak
di negeri Sabah bahkan lebih meluas masyarakat yang menganutinya.
Sumber rujukan :
1. Kitab Asnaful Madu`in Wa Kaifiyah Da`watihim yang dikarang oleh Dr. Hamud Ar-Ruhaili
2. Nota Usul Dakwah Muqorror Kuliah Dakwah dan Usuluddin- Universiti Islam Madinah
3. Sejarah Dai`e Ustaz Mohd Fadli Yusuf.
1. Kitab Asnaful Madu`in Wa Kaifiyah Da`watihim yang dikarang oleh Dr. Hamud Ar-Ruhaili
2. Nota Usul Dakwah Muqorror Kuliah Dakwah dan Usuluddin- Universiti Islam Madinah
3. Sejarah Dai`e Ustaz Mohd Fadli Yusuf.




No comments:
Post a Comment