KEHIDUPANKU DI MADINAH  حياتي في مدينة الرسول

KEHIDUPANKU DI MADINAH حياتي في مدينة الرسول

LightBlog

YANG TERKINI

Saturday 4 April 2020

April 04, 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT


    


            Assalamualaikum w.w.. Hari ini ustaz ingin kongsikan kaedah menjawab soalan KBAT Pendidikan Islam yang mana ramai pelajar tidak tahu dan tidak mampu menjawab soalan ini dengan baik dan betul. Teknik ini pada asalnya Ustaz peroleh daripada Blog Ustaz Maarof Hamzah maka dengan perkongsian ini Ustaz berharap ia berupaya memberi jalan penyelesaian dan pendedahan kepada semua pelajar serta berupaya menjawab Soalan KBAT ini dengan jayanya.
 

Thursday 9 January 2020

January 09, 2020

BERWASPADA DENGAN MEREKA YANG DI GELAR "USTAZ" FACEBOOK / YOUTUBE


Penulis asal : Ustaz Nizam El-Banjari
[ BERWASPADA DENGAN MEREKA YANG DI GELAR "USTAZ" FACEBOOK / YOUTUBE ]
Dunia kini serba canggih dengan media socialnya, maka dengan kemudahan ini mampu menjadikan kita orang yang cinta akan majlis2 ilmu. Namun dalam Ilmu yg dicari ada disiplin yang perlu diberi perhatian. Jangan asal dengar hebat, petah, lancang, terus nak ambil bulat2. Kita ni tahap orang awam tiada kemahiran utk menilai ilmu tersebut. Hanya mampu dengar kemudian terima sahaja.
Hendaknya kita sentiasa ada sikap berwaspada dan berhati-hati dengan ustaz di Facebook, Youtube. Sebahagian dari kita mengira mereka adalah ustaz yang berilmu, padahal tidak demikian halnya. Mungkin sahaja mereka bukan ustaz yang dpt memahami agama dengan baik, seperti memahami akidah, tauhid, ilmu-ilmu ushul, Bahasa Arab dan sebagainya, atau juga tidak jelas dari mana mereka menuntut ilmu dan guru-gurunya.
Mereka ini mudah menjadi terkenal dengan cara:
1. Membahas perkara-perkara yang menghebohkan dan menimbulkan kontroversi.
2. Berpenampilan dengan penampilan seolah-olah orang berilmu, misalnya berjubah, berkopiah dan seumpamanya.
Kerana sudah dianggap berilmu oleh masyarakat, akhirnya ustaz-ustaz seperti ini sering berfatwa tanpa ilmu. Inilah yang dimaksud dengan hadis Nabi Saw bahawa nanti akan BANYAK ustaz akan tetapi tidak berilmu.
Ibnu Mas'ud berkata,
وسيأتي بعدكم زمان قليل فقهاؤه، كثير خطباؤة كثير سؤاله قليل معطوه، الهوى فيه قائد للعمل، اغلوا أن حسن الهدي، في آخر الزمان، خير من بغض العقل
Akan datang setelah kamu suatu zaman di mana sedikit ahli ilmu dan banyak pengkhutbah/penceramah, banyak yang bertanya, sedikit yang mampu memberi fatwa, hawa nafsu adalah pemimpin amalan. Ketahuilah, bahawa petunjuk yang terbaik pada masa akhir zaman itu lebih baik daripada sebagian amalan.
(Rujukan Al-Adabul Mufrad)
Bagi kita yang awam mesti perhatikan, tidak semua orang yang berbicara tentang agama, Lebih-lebih lagi melalui Youtube, Facebook adalah orang yang benar-benar berilmu. Perhatikan perkataan Ali bin Abi Thalib kepada Kumail bin Ziyad;
الناس ثلاثة، فعالم رباني، ومتعلم على سبيل نجاة، وهمج رعاع أتباع كل ناعق، يميلون مع كل ريح، لم يستضيئوا بنور العلم، ولم يلجئوا إلى ركن وثيق.
Manusia ada tiga golongan;
1. Alim rabbani, (ulama rabbani).
2. Muta'allim, (orang yang belajar) di atas jalan keselamatan.
3. Mustami', Orang awam yang kurang pengetahuan yang mengikuti setiap perkataan orang yang bersuara.
Mereka akan condong bersama setiap hembusan angin, tidak diterangi dengan cahaya ilmu, dan tidak bersandar kepada tiang yang kukuh.
(Rujukan Jami' Bayanil Ilmi wa Fadhlihi)
Meskipun begitu, cara yang paling afdhal utk mendapatkan sesuatu ilmu itu adalah dengan cara talaqqi musyafahah ( mentelaah kitab secara berhadapan langsung kemudian mendengar dari lisannya Guru tersebut ). Cara ini sebagaimana yang ditunjukkan didalam hadis Jibril Alaihissalam yang dtg berjumpa nabi dalam keadaan duduk kemudian ditemukan lututnya ke lutut Nabi saw.
Di bumi Tawau ini masjid mana ja yang tiada majlis ilmu? Ceramah agama? Atau pengajian berkitab? Boleh dikatakan setiap pelusuk ada para asatizah yang sudah pun bertauliah memberikan ilmu mereka. Maka sepatutnya kita yg sudah dihidangkan berbagai lauk pauk yang istimewa, takkan nak tunggu kena suap lagi?
Apa yg saya lihat kita ni gemar share itu share ini, watch ceramah2 tapi sebelah rumah ada masjid yg buat pengajian agama langsung tak pernah hadir pun. Yang lebih teruk, ulama facebook / youtube yg belum pasti itulah yg jadi rujukan utama, alim ulama tempat sendiri kesian dicemuh dicaci. Yang sudah mashyur dengan kelimuan mereka seperti para alim Ulama, Para habaib Kita kata mereka pembohong, baca quran xbetul. Ya robb. 😢Mohon ikut disiplin ilmu agar aqidahnya anda terpelihara dari kesesatan.
al faqir billah nizam el banjari 


Thursday 19 December 2019

December 19, 2019

BENTUK SOALAN TEMUDUGA KAFA 2019



        Klik untuk → Download bentuk soalan temuduga kafa

                             

بسم الله الرحمن الرحيم

 

BENTUK

 SOALAN

TEMU DUGA

KAFA









Disediakan oleh :
AminAman
(Doakan hamba Allah ini)












BENTUK SOALAN TEMU DUGA KAFA - BERTULIS


Contoh Soalan Al-Quran

Dalam bahagian ini anda akan diminta untuk menulis ayat Al-Quran beserta barisnya sekali.
Contoh:
  • Tuliskan ayat 1-5 surah Al-Fatihah dengan resam Uthmani.
  • Tuliskan ayat 1-5 surah Yasin dengan resam Uthmani.

Jawapan :

1]الحمدلله رب العالمين
2]الرحمــن الرحيم
3]مــــلك يوم الدين
4]إياك نعبد وإياك نستعين
5]اهدنا الصراط المستقيم

1]يــــــس
2]والقرءان الحكيم
3]إنك لمن المرسلين
4]على صراط مستقيم
5]تنزيل العزيز الرحيم




Contoh Soalan Sirah

Banyak topik yang boleh ditanya berkaitan sirah.Antaranya, kisah-kisah nabi, hijrah nabi Muhammad, peperangan dalam Islam, wahyu pertama dan kiblat orang Islam.
Contoh:
·       Bila nabi Muhammad s.a.w menunaikan haji widak?
  • Siapakah sahabat nabi yang telah menggantikan nabi ditempat tidurnya sewaktu nabi berhijrah?

Jawapan :

-Nabi Muhammad menunaikan haji wadak pada bulan Zulhijjah 10 Hijrah dan menyampaikan khutbah terakhirnya pada haji terakhir ini sebelum wafat.

-Saidina Ali bin Abi Talib





Soalan Bahasa Arab
Dalam bahagian ini anda boleh diminta untuk:
  • Menterjemahkan bahasa arab ke bahasa melayu atau sebaliknya.
  • Buat ayat berdasarkan perkataan arab yang diberikan.
Soalan berkaitan dengan mufrat, musanna dan jamak juga boleh tanya dalam bahagian ini.

   
مِروَحة Kipas -
كتاب  Buku -
بابٌ Pintu - 
جِدار Dinding -
سيَّارة  Kereta -
قلنسُوة  Songkok -
مُعلِّمة/مُدرِّسة  Cikgu perempuan -
مُعلِّم/مُدرِّس  Cikgu lelaki -
طبْشُورة  Kapur -
مَلابِس Pakaian -
مَدْرَسَةٌ  Sekolah -
طالِبٌ  Pelajar (lelaki) –
طالِبَةٌ   Pelajar (pemrempuan) -




Soalan Jawi
Dalam bahagian ini, anda akan diminta untuk menjawikan perkataan yang diberi.
Contoh: Jawikan perkataan berikut:
  • Universiti
  • Internet
  • Transformasi

Jawapan :

اونيۏرسيتي
اينترنيت
ترنسفورماسي



Soalan Lain Yang Boleh Ditanya
Kebanyakan soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan pengetahuan asas agama Islam.
Contoh:
  • Bila solat difardhukan
  • Hukum ibadah korban
  • Beza korban dan akikah
  • Dalil dosa dan pahala
  • Rukun iman dan rukun Islam
  • Sifaf wajib bagi Allah
  • Hujum tajwid
  • Tuliskan doa qunut beserta baris
  • Nabi ulul-azmi



JAWAPAN :

  • Bila solat difardhukan

Solat difardhukan semasa berlakunya peristiwa yang luar biasa lagi menggemparkan iaitu peristiwa ISRAK dan MIKRAJ. Pada malam tersebut, Rasulullah S.A.W telah melakukan perjalanan yang jauh, iaitu dari Mekah ke Baitu Maqdis Palestin. Kemudian, daripada tempat tersebut, Baginda naik ke langit iaitu yang disebutkan di dalam Bahasa arab Mikraj. Sehinggalah rasulullah mendapat perintah daripada Allah akan kewajipan menunaikan solat ke atas dirinya dan juga ummatnya.

  • Hukum ibadah qurban

-Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan.

-Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.

-Menurut pandangan yang masyhur dikalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan korrban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.


  • Beza qurban dan akikah

Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban. Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

1.‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

2.Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3.‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma’il.

4.Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.


  • Dalil dosa dan pahala

  • Rukun iman dan rukun Islam

Rukun Islam ada 5 :

1.Mengucap dua kalimah syahadah
2.Solat lima waktu di siang hari dan di malam hari
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat.
5.Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.

Rukun Iman ada 6 :

1.Beriman kepada Allah
2.Beriman kepada Malaikat
3.Beriman kepada Kitab
4.Beriman kepada Rasul
5.Beriman kepada hari akhirat
6.Beriman kepada Qada` dan Qadarnya.

  • Sifaf wajib bagi Allah

Allah                                                            Aliman
Wujud                                                          Hayyan
Qidam                                                          Samian
Baqa                                                            Basiran
Mukhalafatuhu lil hawadithi                         Mutakalliman
Qiyamuhu binafisihi
Wahdaniah
Qudrat
Iradat
Ilmu
Hayyah
Sama`
Basar
Kalam
Qadiran
Muridan
        

  • Tuliskan doa qunut beserta baris























  • Nabi ulul-azmi

1.Nabi Nuh a.s
2.Nabi Ibrahim a.s
3.Nabi Musa a.s
4.Nabi Isa a.s
5.Nabi Muhammad S.A.W






بسم الله الرحمن الرحيم

 

BENTUK

 SOALAN

TEMU DUGA

KAFA
(LISAN)

 








                                                             Disediakan oleh :
AminAman
(Doakan hamba Allah ini)



Sunday 18 November 2018

November 18, 2018

DEFINISI ORANG YANG MENCURI DI DALAM SOLAT


(Gambar sekadar hiasan)

Suatu masa Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda berkata: “Kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum solat".

Lelaki itu lalu solat semula seperti tadi, tetapi Rasulullah SAW tetap menyatakan yang sama iaitu menyuruh lelaki itu solat semula kerana menurut Rasulullah SAW, lelaki itu belum mengerjakan solat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali.

Lalu lelaki itu berkata: Demi zat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku. Baginda pun mengajarnya: Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan duduk. Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

(Riwayat Imam Ahmad)

Di dalam mazhab Syafie dan Hanbali, tomakninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang menjadi tidak sah. Begitulah pentingnya tomakninah, sehinggakan solat kita menjadi sia-sia jika ditinggalkan. Semua orang tahu maksud tomakninah iaitu menurut syarak ia bererti berhenti seketika dan tidak bergerak-gerak, namun apakah tujuannya?

Di dalam hadis di atas terkandung rahsia meraih solat yang khusyuk yang diajarkan terus oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tomakninah bertujuan untuk memberikan kita kekosongan fikiran. Tomakninah bukan sahaja bererti tenang pada anggota badan tetapi juga tenang fikiran:

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

(An-Nisa: 103)

Apabila anggota badan tenang dan fikiran juga tenang, maka kita akan bersedia lebih bersedia dan fokus (khusyuk).

Friday 3 August 2018

August 03, 2018

KURMA NABI DAN KURMA SUKKARI




               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ini hari kita akan bercerita tentang dua jenis kurma dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya. Kurma yang pertama adalah kurma ajwah ataupun sinonimnya yang lebih dikenali adalah kurma nabi..Kurma yang kedua pula adalah kurma sukkari ataupun nama yang lainnya adalah kurma lelaki. Orang Indonesia menamakan kurma ini sebagai kurma lelaki kerana mempunyai khasiat yang sangat baik dan sesuai untuk lelaki. Kita tidak mahu mengulas panjang lebar tentang pengenalan kurma ini dan terus sahaja masuk ke bahagian-bahagian yang penting.

Sekiranya orang bertanya kepada saya apakah jenis-jenis kurma yang baik untuk diamalkan? Jawapan yang akan saya berikan adalah dua jenis kurma ini sahaja iaitu kurma ajwah dan juga kurma sukkari. Bagi saya kurma ini sudah cukup memadai untuk diamalkan sebagai makanan harian dan juga mengikut pengalaman danfcdc
 pengetahuan saya.

Kurma yang pertama adalah kurma nabi. Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah menyebut semasa hayatnya yang berbunyi :
من تصبح سبع تمرات عجوة لم يضره في ذاك اليوم سم ولا سحر
Maksudnya : " Barangsiapa yang dipagi harinya memakan 7 biji kurma ajwah maka dia tidak akan terkena sepanjang hari itu racun dan juga sihir "

bersambung . . .












































Friday 27 July 2018

July 27, 2018

MASJID QUBA






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini kita akan bercerita serba sedikit berkenaan kebesaran Allahu s.w.t dan bukti kenabian nabi Muhammad s.a.w melalui sebuah Masjid yang mana keutuhannya dan kesannya masih kekal hingga ke hari ini. Masjid ini merupakan masjid yang pertama diasaskan di dalam islam dan juga merupakan salah sebuah masjid yang nabi Muhammad s.a.w pernah khususkan. Semasa hayatnya rasulullah s.a.w baginda pernah menyebut 4 buah masjid dan fadhilat-fadhilatnya ataupun kelebihan-kelebihannya yang mana sesiapa yang bersolat di dalamnya akan mendapat ganjaran pahala yang begitu banyak. Masjid-masjid tersebut antaranya adalah sepertimana yang berikut :

1)Masjidil Ka`bah (Al haram)
2)Masjid An-Nabawi (Madinah Ar-rasul)
3)Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis ataupun Jerusalem)
4)Masjid Quba` (Madinah)

1) Masjidil Ka`bah ataupun nama sinonimnya adalah Masjid Al-haram.
Masjid ini merupakan masjid yang terbesar pahala ganjarannya yang mana apabila seseorang bersolat di dalamnya maka ganjaran yang akan dia perolehi adalah sebanyak 100,000 kali bersolat.

2) Masjid An-Nabawi.
Masjid ini merupakan masjid kedua yang terbanyak ganjaran pahalanya bilamana seseorang yang beribadah di dalamnya dia akan memperolehi ganjaran begitu banyak iaitu 1000 kali bersolat ataupun lebih afdhal daripada itu. Dalilnya adalah daripada hadith maimunah isteri rasulullah berkata :

"Barangsiapa yang bersolat di Masjid Rasulullahi s.a.w maka sesungguhnya aku pernah mendengar rasulullah s.a.w bersabda ; Bersolat di dalamnya adalah lebih afdhal berbanding dengan bersolat 1000 kali bersolat di masjid yang selainnya melainkan masjid ka`bah."

3) Masjid Al-Aqsa
Masjid Al-Aqsa pula ganjarannya ialah apabila seseorang bersolat di dalamnya dia akan mendapat pahala sebanyak 500 kali bersolat.

4) Masjid Quba`.
Masjid terakhir yang mempunyai fadhilat yang tersendiri dan juga merupakan topik utama cerita kita pada hari ini adalah masjid quba. Masjid quba` ini tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah s.w.t ganjaran pahalanya apabila seseorang menunaikan solat di dalamnya adalah dia akan memperolehi pahala satu kali umrah.Dalilnya :

في سنن ابن ماجه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من تطهر في بيته ثم أتى مسجد قباء فصلى فيه صلاة كان له كأجر عمرة . قال الشيخ الألباني : صحيح 


Maksudnya : (Dalam kitab sunan ibnu majah) Sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda :

"Barangsiapa yang bersuci kemudian dia mendatangi masjid quba` lalu dia menunaikan solat di dalamnya maka baginya seperti pahala satu kali umrah"

         Inilah serba sedikit cerita berkenaan empat buah masjid yang telah nabi khususkan. Masyaallah, kalau kita lihat pada pahala masjid quba` itu sesungguhnya sangat beruntunglah bagi sesiapa yang bersolat di dalamnya. Hanya mendirikan solat sahaja maka ganjaran pahala yang bakal diperolehi sama seperti pahala umrah. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati oleh Allah s.w.t sekiranya mempunyai wang dan kesempatan berilah ruang dan waktu untuk diri sendiri agar menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di Madinah Rasul ini. Harta yang dikumpul ataupun dicari gali tidak akan pernah cukup maka korbankanlah lebihan wang itu sekiranya berkemampuan. Tidak akan pernah rugi bagi sesiapa yang mencuba untuk mensucikan dirinya daripada dosa noda ini. Niat dan amal soleh yang benar-benar kerana ingin beribadah dengan seikhlasnya kerana Allah pasti akan mendapat hasilnya. Berdoa, berusaha dan bertawakkallah kepada Allah s.w.t. Allah pasti akan memberi ganjarannya. Wallahu A`lam


        Hikmah daripada pembinaan masjid quba` :


        Sekiranya kita menyingkap kembali ataupun menyelusuri sirah nabi yang dahulu semasa hijrahnya dari kota makkah ke kota madinah kita dapati kesemua penduduk asal kota makkah pada ketika itu tidak berpeluang untuk kembali ke tempat asal mereka iaitu(makkah). Kenapa? Ekoran daripada ancaman dan kecaman dari kaum musyrikin makkah pada waktu itu menyebabkan mereka terpaksa berhijrah ke kota madinah demi menyelamatkan akidah islamiah yang benar dalam diri mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak akan berpeluang lagi untuk beribadah di depan ka`bah lalu setibanya nabi muhammad s.a.w di kota madinah baginda telah mengasaskan masjid pertama dalam islam iaitu masjid quba` yang mana apabila seseorang bersolat di dalamnya dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti satu kali umrah. Itu sahaja cerita ringkas kita berkenaan salah satu kebesaran dan kesan dari tanda kenabian baginda s.a.w melalui cerita masjid ini.

Wallahu A`lam.
Sekian. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH